Rabu, 21 Julai 2010

my point of view

Aku sebenarnya lebih senang dengan kehidupan yg selesa tetapi 'simple'..tapi semua itu hanya angan-angan kerana tiada kehidupan yg 'simple' seperti yg kita semua harapkan. Apa yg pasti, kehidupan manusia memang banyak dugaannya. Tetapi semua ini akan mengajar manusia lebih tabah,bijak dan berdikari dalam menjalankan kehidupan masing-masing. Sepanjang hidup kita, kita akan berdepan dengan pelbagai masalah yg perlu kita selesaikan. Masalah kewangan,cinta dan bermacam-macam lagi yg perlu kita hadapi tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapinya? Kalau first time tu memanglah kita tak bersedia tapi lama-kelamaan kita akan mampu menyebatikan semua itu dan menjadikan ianya sebahagian dari kehidupan kita. Kalau orang cakap hidup dia tiada masalah, aku akan cakap dia tipu sebab semua orang memang sentiasa berdepan dengan masalah tak kiralah besar ataupun kecil. Tapi kalau orang cakap dia tiada masalah nak berdepan dengan masalah, aku akan cakap dia bijak sebab bukan semua orang mampu berdepan sendiri dengan masalah mereka. Ini yg dikatakan orang puteh sebagai 'life'...life memang complicated dan kalau life tu tak complicated maknanya you're not even alive.......... (",)