Khamis, 24 Jun 2010

TENTANG AKU


Aku adalah antara orang biasa yang menjalankan kehidupan yang biasa. Tiada yang luar biasa pun tentang hidupku. Tapi aku ni jenis yang suka mencari pengalaman. Tak kiralah pengalaman tu baik ataupun buruk semuanya aku layan.

Secara jujurnya aku katakan aku bukanlah antara manusia yang memiliki sifat-sifat yang baik. Aku pun tak tahu apa yang baiknya tentang diri aku ni. Yang aku tahu,aku dari zaman remaja memang dah banyak buat perkara yang jahat. Cuma perkara jahat yang tak pernah aku buat dan takkan terlintas nak buat ialah membunuh,merompak,merogol dan akhir sekali 'isap gam'..ahahahaha.. Tak dinafikan aku juga pernah diasuh dan di didik dengan ajaran agama tapi aku lalai. Itulah kesilapanku yang amat ketara. Kadang-kadang terfikir gak, adakah orang yang sanggup menerima aku yang jahat ni? ahaha...

Sekarang aku mulai berubah. Aku mula kembali ke jalan yang benar. Ini semua bermula bila timbul sifat 'malu' dalam diriku. Malu dengan orang lain yang jauh lebih baik dariku. Tapi dalam membentuk perubahan inilah aku banyak bergelut dengan diriku yang lama. Itu semua pun tak jadi hal sebab dari sinilah aku belajar erti ketabahan dan kesabaran. Tapi aku ni pun bukan jenis yang penyabar sangat. Inilah usahaku untuk menjadi yang terbaik untuk diriku sendiri dan orang lain.

Sepanjang 28 tahun hidup aku, aku banyak kali berdepan dengan dugaan. Aku telah banyak kehilangan orang-orang yang aku sayang. Dan sekiranya boleh, aku tak ingin kehilangan sesiapa pun lagi. Tapi itu bukanlah bidang kuasaku. Aku pun kena tabah dan bersedia dengan semua ni.

Ramai yang cakap, mereka tak percaya aku dah berubah. Sebab mereka tahu aku susah untuk berubah dan diubah. Tengok kedegilan aku pun dah cukup. Jadi, inilah misi aku sekarang. Merubah diri menjadi yang terbaik. Tapi aku tetap aku. Masa silam aku tu dah pun menjadi sebahagian dari diriku dan akan terus menjadi bayang-bayangku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan